Sabtu, 22 April 2017

LATAR BELAKANG

MOTO KAMPUNG

Moto Gerakan Daya Wawasan Kampung Tampasak Kinarut Papar adalah 
“MUAFAKAT TERAS KECERMERLANGAN”
 Melambangkan kerjasama, perpaduan dan keharmonian penduduk teras kepada pencapaian kecemerlangan kampung.


 LOGO KAMPUNG TAMPASAK





MAKNA LAMBANG WARNA
Hijau Muda
Melambangkan keindahan semulajadi yang boleh mengambarkan sebuah kampung yang aman dan damai seperti Kampung Tampasak.
Oren
Melambangkan masyarakat yang aktif dan bertenaga., begitu juga biro-biro Kampung Tampasak yang sering menjalankan dan mengambil bahagian dalam apa-apa juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Biru Muda
Melambangkan perpaduan, ketenangan dan inspirasi rohani dimana penduduk kampung amat menitikberatkan perpaduan, keharmonian dan nilai-nilai agama.

MAKNA SIMBOL
Bentuk Bulat
Kampung Tampasak berpegang pada peribahasa  ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'. iaitu selaras dengan moto iaitu 'Muafakat Teras Kecermelangan'.
Patung Sininggazanak


Gambar ini merupakan patung gantian kepada patung
Sininggazanak sebenar yang  telah diambil oleh Muzium Sabah
 sebagai bahan sejarah.
Adalah sebuah patung yang diukir dan diilhamkan mengikut kepercayaan penduduk kampung pada zaman dahulu dan diletakkan di kawasan sawah padi. Patung Sininggazanak Kampung Tampasak mempunyai kepercayaan dimana telah diambil oleh Muzium Sabah sebagai bahan sejarah. Penceritaan sejarah mengenai Patung Sininggazanak telah dibuat oleh J Borneo melalui lakonan yang ditayangkan secara nyata kepada masyarakat umum dan para pelancong.

Pokok
Melambangkan pokok Tampasak yang menjadi inspirasi kepada penduduk pada zaman dahulu untuk menamakan kampung ini dengam nama ‘Tampasak’.
Orang
Melambangkan penduduk Kampung.
Sungai
Melambangkan sungai yang terletak di tengah kampung.
Gunung Kinabalu
Melambangkan Negeri Sabah.

2.         SEJARAH KAMPUNG

Kampung Tampasak Kinarut terletak dalam Daerah Papar, dalam kawasan DUN N.21 Kawang dan kawasan Parlimen P.175 Papar. Kampung Tampasak terletak 25 kilometer dari Pekan Papar dan 2 kilometer dari Pekan Kinarut.

Orang yang pertama meneroka kampung ini adalah Mundok dan Duraman. Kedatangan mereka adalah untuk bercucuk tanam dan mencari kawasan tanah untuk tempat tinggal. Walaubagaimanapun kedatangan mereka telah menjadi satu titik tolak ke arah terbentuknya kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Tampasak.

Mengikut orang-orang yang terdahulu nama Kampung Tampasak adalah diambil sempena banyaknya pokok-pokok Tampasak yang tumbuh pada waktu dahulu. Mejoriti penduduk yang menetap pada masa dahulu adalah berbangsa Kadazadusun dan sumber pendapatan adalah bercucuk tanam.


Demikianlah serba sedikit sejarah ringkas dan latarbelakang KAMPUNG TAMPASAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MISI & VISI

MISI Mempertingkatkan Keupayaan Penduduk Kampung  Untuk Membawa Perubahan Dan Pembangunan Seiring Dengan Era Teknologi Pada Mas...