Moto
Gerakan Daya Wawasan Kampung Tampasak Kinarut Papar adalah
“MUAFAKAT TERAS
KECERMERLANGAN”
Melambangkan kerjasama, perpaduan dan keharmonian
penduduk teras kepada pencapaian kecemerlangan kampung.
MAKNA LAMBANG WARNA
Hijau Muda
Melambangkan keindahan semulajadi yang
boleh mengambarkan sebuah kampung yang aman dan damai seperti Kampung Tampasak.
Oren
Melambangkan masyarakat yang aktif dan
bertenaga., begitu juga biro-biro Kampung Tampasak yang sering menjalankan dan
mengambil bahagian dalam apa-apa juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Biru Muda
Melambangkan perpaduan, ketenangan dan
inspirasi rohani dimana penduduk kampung amat menitikberatkan perpaduan,
keharmonian dan nilai-nilai agama.
MAKNA SIMBOL
Bentuk
Bulat
Kampung Tampasak berpegang pada
peribahasa ‘bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat'. iaitu selaras dengan moto iaitu 'Muafakat
Teras Kecermelangan'.
Patung
Sininggazanak
 |
Gambar ini merupakan patung gantian kepada patung
Sininggazanak sebenar yang telah diambil oleh Muzium Sabah
sebagai bahan sejarah. |
Adalah sebuah patung yang diukir dan
diilhamkan mengikut kepercayaan penduduk kampung pada zaman dahulu dan diletakkan
di kawasan sawah padi. Patung Sininggazanak Kampung Tampasak mempunyai
kepercayaan dimana telah diambil oleh Muzium Sabah sebagai bahan sejarah.
Penceritaan sejarah mengenai Patung Sininggazanak telah dibuat oleh J Borneo
melalui lakonan yang ditayangkan secara nyata kepada masyarakat umum dan para
pelancong.
Pokok
Melambangkan pokok Tampasak yang menjadi
inspirasi kepada penduduk pada zaman dahulu untuk menamakan kampung ini dengam
nama ‘Tampasak’.
Orang
Melambangkan penduduk Kampung.
Sungai
Melambangkan sungai yang terletak di
tengah kampung.
Gunung Kinabalu
Melambangkan Negeri
Sabah.
2. SEJARAH
KAMPUNG
Kampung
Tampasak Kinarut terletak dalam Daerah Papar, dalam kawasan DUN N.21 Kawang dan
kawasan Parlimen P.175 Papar. Kampung Tampasak terletak 25 kilometer dari Pekan
Papar dan 2 kilometer dari Pekan Kinarut.
Orang
yang pertama meneroka kampung ini adalah Mundok dan Duraman. Kedatangan mereka
adalah untuk bercucuk tanam dan mencari kawasan tanah untuk tempat tinggal.
Walaubagaimanapun kedatangan mereka telah menjadi satu titik tolak ke arah
terbentuknya kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Tampasak.
Mengikut
orang-orang yang terdahulu nama Kampung Tampasak adalah diambil sempena
banyaknya pokok-pokok Tampasak yang tumbuh pada waktu dahulu. Mejoriti penduduk
yang menetap pada masa dahulu adalah berbangsa Kadazadusun dan sumber
pendapatan adalah bercucuk tanam.
Demikianlah
serba sedikit sejarah ringkas dan latarbelakang KAMPUNG TAMPASAK.